Kereta api laju Haramain Express sedia 3,400 perjalanan sepanjang musim haji - Utusan Malaysia

Kereta api laju Haramain Express sedia 3,400 perjalanan sepanjang musim haji

PERKHIDMATAN kereta api berkelajuan tinggi, Haramain Express menghubung Mekah dan Madinah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Syarikat Saudi Railways bakal meningkatkan mutu perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi, Haramain Express sepanjang musim haji berlangsung pada tahun ini.

Menurut syarikat tersebut, kereta api itu akan menyediakan lebih 3,400 perjalanan yang menawarkan lebih 1.5 juta tempat duduk untuk para jemaah haji.

Lapor Agensi Saudi Press, perkhidmatan kereta api itu membolehkan para jemaah melakukan perjalanan antara Mekah dan Madinah dalam tempoh hanya dua jam dan 20 minit.

Berdasarkan tempoh itu, Haramain Express mampu melakukan perjalanan sebanyak 126 kali sehari.

Naib Presiden Haramain, Rayan al-Harbi berkata, kesemua pelan operasi yang dilakukan sepanjang musim haji ini sudah ditetapkan.

Pada Ramadan yang lalu, kereta api tersebut membawa lebih 818,000 penumpang menerusi lebih 2,540 perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya