Kementerian Zionis gesa serang dan bunuh rakyat Palestin

Kementerian Zionis gesa serang dan bunuh rakyat Palestin

SEJUMLAH kenderaan musnah akibat dibakar penduduk Yahudi ketika mereka menyerang pekan al-Lubhan al-Sharqiya di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Di sebalik gesaan pelbagai pihak supaya keganasan di Tebing Barat dihentikan segera, Kementerian Pertahanan Israel menggesa supaya tindakan tegas dikenakan terhadap rakyat Palestin yang menentang, termasuk memusnahkan rumah mereka.

“Kita perlukan operasi ketenteraan, kita perlu robohkan rumah mereka dan tidak mustahil, kita juga perlu bunuh mana-mana sasaran yang menentang dan mendatangkan bahaya.

“Itulah cara bagaimana kita berdepan dengan keganasan,” kata Menteri Pertahanan Israel dari parti berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir dalam Parlimen kelmarin.

Cadangannya turut mendapat reaksi positif daripada ahli Parlimen lain apabila mereka menyokong agar operasi ketenteraan dilaksanakan di Tebing Barat.

Cadangan itu diusulkan selepas penduduk Israel menyerang beberapa pekan di Palestin, selain membakar kenderaan dan bangunan sebagai tindak balas serangan pergerakan Hamas sebelum ini.

Empat penduduk Yahudi terbunuh apabila anggota Hamas melepaskan tembakan berhampiran sebuah restoran di Eli.

Seorang rakyat Palestin, Yaqoub Oweis, tentera dan polis Zionis hanya ‘berdiri sambil menyaksikan’ penduduk Yahudi menyerang rumah mereka.

“Pihak berkuasa Israel hanya membiarkan penduduk Yahudi menyerang kami, kami tiada daya untuk menghalang mereka.

“Kami hanya berbekalkan batu, mereka mempunyai senjata api, apa yang mampu kami lakukan?,” soalnya.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan penduduk Yahudi terhadap rakyat Palestin.

Kesemua negara dan badan antarabangsa itu menggesa supaya penyelesaian dicapai segera bagi mengelakkan konflik semakin teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya