Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu polis Thailand kesan wanita hilang - Utusan Malaysia

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu polis Thailand kesan wanita hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Bangkok bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand, khususnya Polis Diraja Thailand (RTP), untuk mengesan wanita Malaysia yang hilang selepas kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai.

Media melaporkan, Chong Sum Yee, 22 tahun, berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan menuju ke Mae Sai di wilayah Chiang Rai, yang bersempadan dengan Tachilek di Myanmar iaitu lokasi di mana insiden pemerdagangan manusia telah dilaporkan berlaku sebelum ini.

Polis Thailand menyatakan siasatan awal mendapati jurusolek itu menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar.

“Kami bekerjasama rapat untuk mengesan dia (Chong) dan memastikan keselamatannya,” kata Duta Malaysia ke Thailand, Jojie Samuel.

Rabu lalu (7 Jun), seorang wanita dipercayai Chong muncul dalam tiga video online untuk membuktikan beliau dalam keadaan “selamat dan sihat”.

Wanita itu muncul dengan senyuman dalam tiga video berkenaan dan meminta polis supaya berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana pemandu tersebut tidak tahu-menahu mengenai keadaannya.

Namun, ibunya, Chee Choy Wen yang tiba di Mae Sai pada Rabu, berkata anaknya belum menghubungi ahli keluarga.

“Selagi saya tidak dapat bertemu dengannya dan memeluknya (Chong), saya akan terus mencarinya,” katanya dalam catatan di Facebook.

Sementara itu, Polis Thailand masih meneruskan usaha untuk mengesan Chong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya