Kanada lancar siasatan insiden kapal selam Titan - Utusan Malaysia

Kanada lancar siasatan insiden kapal selam Titan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Pihak berkuasa Kanada akan melancarkan siasatan berhubung insiden letupan membabitkan kapal selam Titan yang mengorbankan lima penumpangnya ketika meneroka bangkai Titanic minggu lalu.

Kapal kargo Polar Prince dengan bendera Kanada menunda Titan ke laut pada hujung minggu lalu tetapi terputus hubungan dengannya kira-kira satu jam 45 minit selepas kapal selam itu dilancarkan ke dalam lautan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan keselamatan berhubung keadaan operasi selepas kapal sokongan yang berdaftar di negara itu turut terlibat dalam pelancaran kapal selam berkenaan.

Agensi bebas itu berkata, pihaknya sudah menghantar penyiasat ke Newfoundland di St John yang menjadi lokasi kapal Polar Prince berlayar untuk mengumpul maklumat, menjalankan temu bual dan menilai kejadian itu.

“Dalam beberapa hari akan datang, kami akan menyelaraskan aktiviti kami dengan agensi lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, kesemua lima penumpang Titan meninggal dunia selepas kapal selam itu mengalami letupan dahsyat.

Sebuah medan serpihan ditemui di dasar laut, kira-kira 500 meter dari haluan Titanic.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN