Jemaah haji dari seluruh dunia mula penuhi Madinah - Utusan Malaysia

Jemaah haji dari seluruh dunia mula penuhi Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah menyaksikan ketibaan penerbangan yang tidak henti-henti, membawa jemaah haji dari seluruh dunia.

Madinah menjadi tanah haram kedua setelah Masjidilharam di Mekah yang menerima jemaah haji.

Ramai yang memilih datang ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhamaad SAW, menunaikan solat di Masjid Nabawi dan mengunjungi masjid-masjid serta tapak-tapak bersejarah lain.

Pihak berkuasa menyambut jemaah di lapangan terbang dengan memberikan bunga mawar serta kurma. Prosedur kemasukan bagi jemaah juga dilaporkan berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Penguasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) di wilayah Madinah telah mula menguatkuasakan pelan operasi bagi musim haji tahun ini.

Ketua Pengarah cawangan SRCA di Madinah, Dr. Ahmad bin Ali Al-Zahrani menjelaskan bahawa pelan itu bertujuan unutk menyediakan khidmat perubatan kecemasan kepada pengunjung ke Masjid Nabawi dan jalan raya menuju ke Madinah. Beliau menambah bahawa pelan tersebut akan beroperasi sehingga 15 Muharam bersamaan 2 Ogos.

Secara keseluruhannya, seramai 1,410 pegawai dan sukarelawan dikerahkan untuk memberi khidmat kepada jemaah.

Ahmad turut memberitahu, sebanyak 45 pusat kecemasan mengambil bahagian dalam pelaksanaan pelan tersebut, termasuk 79 pasukan paramedik yang dilengkapi dengan kenderaan terkini, dan 710 pegawai lain yang bersedia menjalankan perkhidmatan ambulans udara.

Tambahnya, ruang di Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya akan tambah untuk memenuhi jumlah jemaah yang datang ke masjid tersebut, selain menyaksikan700 sukarelawan turut berkhidmat di masjid tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.