Iran buka semula kedutaan di Arab Saudi selepas tujuh tahun

Iran buka semula kedutaan di Arab Saudi selepas tujuh tahun

BANGUNAN Kedutaan Iran di Arab Saudi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran mengesahkan pembukaan semula kedutaannya di Arab Saudi pada minggu ini, iaitu selepas tujuh tahun ditutup akibat ketegangan hubungan diplomatik.

Menerusi satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani berkata, Kedutaan Teheran di Riyadh mula dibuka semalam, diikuti dengan pembukaan semula konsulatnya di Jeddah dan pejabat perwakilan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Katanya, kedutaan dan pejabat perwakilan itu sudah pun beroperasi untuk menguruskan jemaah haji Iran.

Pembukaan itu dibuat susulan perjanjian antara Iran dan Arab Saudi yang diuruskan China pada 10 Mac lalu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Iran memaklumkan, pembukaan rasmi akan mengambil sedikit masa kerana bangunan yang digunakan perlu di baikpulih berikutan penutupan yang lama.

Selain itu, tidak dapat dipastikan bila Kedutaan Arab Saudi di Teheran akan dibuka semula.

Teheran sebelum ini memilih Alirea Enayati, iaitu bekas wakil khas ke Kuwait dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Luar di Kementerian Luar Iran sebagai duta ke Riyadh.

Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Teheran pada 2016 selepas pejabat perwakilannya diserbu semasa demonstrasi menentang hukuman mati terhadap pemimpin Syiah.

Hubungan antara kedua-dua negara semakin pulih sejak beberapa bulan lalu sehingga persetujuan membuka semula kedutaan di negara masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya