Hari pengunduran tentera AS dari Afghanistan diisytihar cuti umum - Utusan Malaysia

Hari pengunduran tentera AS dari Afghanistan diisytihar cuti umum

PARA pejuang Taliban meraikan ulang tahun pertama mereka kembali memerintah Afghanistan di Kabul. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pemerintahan Taliban mengumumkan bahawa hari terakhir pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan diisytihar sebagai cuti umum.

Keputusan yang diambil oleh Majlis Menteri-Menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban, lapor Agensi Anadolu.

Pada 31 Ogos 2021, pasukan AS meninggalkan Afghanistan dan hari berkenaan ditetapkan sebagai cuti umum.

Ekoran rundingan yang tidak menentu antara kerajaan dan Taliban, konflik di antara kedua belah pihak semakin meningkat pada musim panas 2021, dengan Taliban mula mengambil alih kawasan-kawasan secara beransur-ansur.

Pada masa sama, kuasa-kuasa asing dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut membawa pulang pasukan mereka selepas perang yang berlarutan selama 20 tahun.

Pemerintahan baharu Taliban di Afghanistan, yang tidak diiktiraf oleh negara lain, sudah menguatkuasakan kembali undang-undang ketat yang menyaksikan wanita dipinggirkan daripada kehidupan sosial.

Walaupun berdepan sekatan dan mengalami krisis kemanusiaan yang teruk, kebanyakan penduduk Afghanistan lega kerana tentera asing sudah berundur dari negara itu.

Pengunduran tentera asing sebelum tengah malam 31 Ogos 2021 menyaksikan berakhirnya perang terpanjang dalam sejarah AS.

Seramai 66,000 tentera Afghanistan dan 48,000 orang awam terbunuh dalam konflik berkenaan selain lebih daripada 3,5000 anggota dari pasukan negara lain di bawah NATO juga terkorban.

Namun, kematian anggota pasukan AS yang berjumlah 2,461 orang memberi kesan kepada warga negara berkenaan.

Dua minggu sebelum pengunduran tentera asing itu, Taliban merampas kuasa susulan operasi ketenteraan terhadap tentera kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya