Gunung Anak Krakatau belum 'tenang'

Gunung Anak Krakatau belum ‘tenang’

GUNUNG Anak Krakatau semakin aktif sejak April lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Anak Krakatau terus menghamburkan debu panas setinggi dua kilometer ke udara semalam.

Gunung berapi yang berada di perairan Selat Sunda itu dilaporkan meletus pada pagi semalam dan menghamburkan debu panas selama empat minit.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Pencegahan Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan berkata, letusan itu direkodkan dalam seismogram dengan kekuatan maksimum 60 milimeter dan berdurasi selama empat minit.

“Namun, kami tidak mendengar sebarang bunyi dentuman akibat letusan tersebut.

“Hamburan debu panas berwarna kelabu dan tersebar ke arah barat laut,” katanya seperti yang dilaporkan antara.

Kawasan penempatan paling dekat dengan gunung berapi itu berada di Pulau Sibesi yang berjarak 16.5 kilometer dari Pulau Anak Krakatau.

Sejak Jumaat lalu, PVMBG mencatatkan Anak Krakatau mengalami tujuh kali letusan dengan hamburan debu panas paling tinggi adalah tiga kilometer.

Letusan yang berlaku turut mencetuskan gegeran dengan kekuatan 29-75 milimeter dan berdurasi antara 25 hingga 802 saat.

Ketika ini, gunung tersebut masih diletakkan dalam fasa tiga atau siap siaga sejak April lalu.

Semua penduduk setempat, para pelancong dan pendaki dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan gunung tersebut atau melakukan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari bahagian kawah Anak Krakatau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya