Empat beradik Orang Asli Colombia terima rawatan perubatan - Utusan Malaysia

Empat beradik Orang Asli Colombia terima rawatan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Empat kanak-kanak Orang Asli yang hilang lebih lima minggu dalam hutan di selatan Colombia berikutan nahas pesawat tiba di ibu negara, Bogota untuk rawatan perubatan.

Empat beradik itu ditemukan semalam di wilayah Caqueta, Colombia dan pada mulanya dirawat oleh pasukan perubatan tentera yang pernah menjadi antara pasukan mencari mereka.

Misi mencari empat beradik yang dipanggil Operation Hope, menarik perhatian warga Colombia apabila laporan petunjuk mengenai keberadaan mereka menyemarakkan harapan mereka akan ditemui dengan selamat walaupun berada lebih sebulan dalam hutan tebal.

“Kami melakukan segala diperlukan untuk menjadikan yang mustahil menjadi mungkin, menggunakan satelit, menggunakan pesawat yang melancarkan mesej, yang menghantar makanan, yang melancarkan risalah, yang melancarkan harapan,” kata Jeneral Pedro Sanchez, komander perintah bersama tentera untuk operasi khas di pangkalan udara di Bogota.

Dalam gambar yang dikongsi oleh tentera Colombia, empat kanak-kanak itu – tiga perempuan dan seorang lelaki – kelihatan kurus ketika mereka dijaga oleh penyelamat.

Selepas pesawat yang membawa kanak-kanak itu mendarat di Bogota, empat ambulans sedang menunggu untuk mengambil mereka dan membawa mereka ke hospital tentera untuk rawatan pakar perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya