Bekas PM Haiti disekat masuk ke AS

Bekas PM Haiti disekat masuk ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Perdana Menteri Haiti, Laurent Lamothe disekat daripada memasuki Amerika Syarikat (AS).

Ia merupakan sebahagian tindakan keras berterusan terhadao rasuah di negara kepulauan Caribbean itu.

Lapor Al Jazeera, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan sekatan itu terhadap lamothe dengan mendakwa `penglibatan bekas pemimpin amat ketara dalam rasuah’.

“Lamothe menyeleweng sekurang-kurangnya AS$60 juta (RM274.6 juta) daripada pelaburan infrastruktur PetroCaribe kerajaan haiti dan dana kebajikan sosial untuk keuntungan peribadi.

“Menerusi perbuatan ini dan penglibatan beliau secara langsung dalam pengurusan dana, beliau sudah mengeksploitasi peranannya sebagai pegawai awam dan menyebabkan ketidakstabilan di Haiti,” dakwa Blinken.

Negara Amerika Latin itu yang mempunyai lebih 11.4 juta penduduk dilanda pelbagai kemelut termasuk keganasan daqn ketidakstabilan politik terutamanya selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.

Sebelum ini, Lamothe menjawat jawatan perdana menteri dan menteri perancangan dan kerjasama luar.

Beliau meletak jawatan pada Disember 2014 di tengah-tengah protes anti kerajaan berlaku di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya