Bayi dalam kandungan jalani pembedahan tulang belakang

Bayi dalam kandungan jalani pembedahan tulang belakang

PAKAR bedah melakukan pembedahan pada bayi dalam kandungan yang menghidap Spina bifida. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sekumpulan pakar bedah di Abu Dhabi berjaya menyelamatkan seorang bayi dalam kandungan ibunya daripada menghidap spina bifida, dengan melakukan pembedahan membetulkan tulang belakang.

Walaupun prosedur itu bukan perkara baharu namun ia adalah pertama seumpamanya di negara tersebut.   

Spina bifida atau tulang belakang bengkok merupakan kecacatan sejak dilahirkan.

Ia berlaku apabila tulang belakang bayi tidak bercantum dengan sempurna sehingga menyebabkan saraf tunjang terdedah kepada air ketuban dan mengakibatkan hilang upaya kekal. 

Lapor Arab News, pembedahan itu dijalankan oleh pasukan doktor diketuai pakar perunding perubatan dari hospital Burjeel Medical City, Dr. Mandeep Singh pada bulan ini.

Mandeep menjelaskan selain pembedahan itu, terdapat juga prosedur lain untuk merawat penyakit spina bifida atau tulang belakang bengkok namun ia lebih berisiko.

“Kami terpaksa menunggu hingga bayi dilahirkan bagi menjalankan prosedur lain.

“Sebaik sahaja bayi dilahirkan, saraf tunjangnya perlu ditutup dalam tempoh 24 jam pertama jika tidak anak itu berisiko terkena jangkitan.

“Jangkitan itu boleh menjejaskan otak dan mengakibatkan meningitis, iaitu keadaan sangat serius,” katanya.       

Menurut Mandeep, kajian awal untuk menilai sama ada pembedahan pada janin boleh dilakukan, dijalankan pada tahun 2003.

“Selepas penyelidikan selama 12 tahun itu, keputusan menunjukkan sekiranya kecacatan anak dalam kandungan dapat diperbetulkan maka kekuatan bahagian bawah badan bayi dua kali ganda lebih tinggi, serta 1.5 kali berkemungkinan mengurangkan keperluan untuk memasang tiub khas shunt ,” katanya.

Mandeep bersama pasukan doktor melakukan pembedahan pembetulan tulang belakang ke atas bayi dalam kandungan pasangan Valentina Rodriguez dan Jason Gutierrez dari Colombia.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya