AS diselimuti asap kebakaran hutan dari Kanada

AS diselimuti asap akibat kebakaran hutan di Kanada

PENDUDUK memakai pelitup muka ekoran jerebu yang melanda bandar New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Asap dari kebakaran hutan di Kanada yang kini melanda Amerika Syarikat (AS) sehingga kedua-dua ibu kota negara itu diselubungi jerebu pada paras bacaan udara yang tidak sihat.

Keadaan jerebu yang membimbangkan itu turut menjejaskan penerbangan di beberapa lapangan terbang utama selain mendorong orang ramai memakai pelitup muka bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Kerajaan Kanada meminta bantuan tambahan dari negara lain untuk menangani lebih 400 kebakaran hutan yang berlaku di seluruh negara sehingga mengakibatkan hampir 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal pada musim kering.

Kualiti udara buruk yang mencatatkan tahap pencemaran berbahaya kini tersebar ke bandar New York dan timur laut Pennsylvania.      

Situasi itu turut menjejaskan jutaan penduduk di Carolina Utara dan Indiana.

Kanada menganggap kebakaran hutan kali ini adalah yang paling buruk pernah direkodkan.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran berlaku di hampir semua daerah dan wilayah di Kanada, dengan timur Quebec dilaporkan antara paling teruk terjejas.

Asap dari kebakaran yang berlaku di beberapa wilayah di Kanada memasuki AS sejak bulan lalu.

Namun, keadaan itu menjadi teruk selepas kejadian kebakaran hutan berlaku di Quebec yang mana kira-kira 100 kes dianggap berada di luar kawalan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Quebec, Francois Legault berkata, wilayah itu hanya mempunyai kapasiti untuk menangani kira-kira 40 kebakaran.

Malah, bantuan biasa dari wilayah lain turut terjejas disebabkan insiden kebakaran di Nova Scotia dan beberapa kawasan lain.

Jurucakap Balai Bomba Hutan Antara Agensi Kanada, Jennifer Kamau berkata, lebih 950 anggota bomba dan penyelamat lain dari AS, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan sudah tiba di negara ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi anggota kecemasan akan tiba tidak lama lagi.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata, Presiden Joe Biden sudah mengerahkan lebih 600 anggota bomba dan peralatan ke Kanada bagi membantu menangani kebakaran hutan. – AP/AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya