Zionis serbu Tebing Barat, tiga pejuang Palestin terbunuh - Utusan Malaysia

Zionis serbu Tebing Barat, tiga pejuang Palestin terbunuh

PASUKAN keselamatan Israel melepaskan gas pemedih mata semasa pertempuran dengan penduduk Palestin yang protes menentang penempatan Yahudi, di jalan utama, kampung Beita, Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian sebagai Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun (32), Fathi Abu Rizk (30) dan Abdullah Abu Hamdan (24).

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Briged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, berkata dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara “pejuang” kumpulan itu.

Tebing Barat diduduki oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Hampir tiga juta rakyat Palestin tinggal di kawasan itu, bersama kira-kira 490,000 warga Israel di penempatan yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Insiden terbaru berlaku lebih seminggu selepas gencatan senjata Gaza berikutan konflik rentas sempadan lima hari antara Israel dan kumpulan Jihad Islam.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin, 20 warga Israel dan masing-masing warga Ukraine dan Itali terbunuh dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.

Mangsa terkorban di pihak Palestin membabitkan pejuang dan orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab serta orang awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.