Zelensky nafi Bakhmut ditawan Russia - Utusan Malaysia

Zelensky nafi Bakhmut ditawan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOROSHIMA: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Bakhmut sudah musnah sepenuhnya namun menafikan Russia berjaya menawan bandar itu.

Portal BBC melaporkan, beliau berkata demikian ketika menghadiri Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Hiroshima, Jepun hari ini.

“Semuanya sudah musnah, tiada apa lagi yang tinggal di sana. Untuk hari ini, Bakhmut hanya ada di hati kami,” jelasnya kepada wartawan.

Semalam, Ketua kumpulan separa tentera Russia, Wagner dalam satu paparan video mendakwa tenteranya sudah menawan bandar itu.

Penganalisis berpendapat Bakhmut tidak mempunyai nilai strategik kepada Moscow, tetapi usaha menawannya adalah kemenangan simbolik bagi Russia dalam pertempuran paling lama di Ukraine setakat ini.

Pegawai Barat menganggarkan antara 20,000 hingga 30,000 tentera Russia terbunuh atau cedera di Bakhmut, manakala tentera Ukraine juga turut berdepan kehilangan besar.

Tiada lagi bangunan yang kekal berdiri di bandar itu dan hampir keseluruhan penduduknya dilaporkan sudah melarikan diri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya