Wanita Singapura lahirkan bayi ketika umrah di Mekah

Wanita Singapura lahirkan bayi ketika umrah di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seorang jemaah wanita warga Singapura yang melakukan umrah di tanah suci selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sini pada Rabu lalu.

Saudi Gazette memetik sumber perubatan Mekah melaporkan, wanita berusia 30-an itu melahirkan bayinya secara normal dan ibu serta bayi dalam keadaan sihat.

Jemaah wanita yang sarat hamil sembilan bulan itu dimasukkan ke PUsat Kecemasan Haram 3 di bawah Kluster Kesihatan Mekah pada pagi Rabu lalu sebelum melahirkan bayinya.

Pasukan perubatan bergegas membantu jemaah wanita tersebut sehingga dia selamat melahirkan anaknya sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Mekah untuk rawatan susulan.

Kluster Kesihatan Mekah dalam satu kenyataan menzahirkan rasa gembira dengan kelahiran tersebut.

“Kami berkongsi kegembiraan kepada semua jemaah dan kelahiran itu juga merupakan kegembiraan berganda untuk semua petugas perubatan kami,” jelas kenyataan itu.

Hospital Kecemasan Ajyad dan Hospital al-Haram komited memanfaatkan semua tenaga kerja bagi menyediakan perkhidmtan terbaik kepada jemaah yang memerlukan.

Hospital Ajyad menyediakan perkhidmatan perubatan kepada lebih 42,000 pesakit melalui jabatan kecemasan untuk pengunjung, jemaah dan penduduk awam sepanjang tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya