HANOI: Vietnam merekodkan suhu panas terbaharu semalam iaitu 44.1 darjah Celsius, mengatasi rekod pada 2019.
Negara ini berdepan dengan fenomena gelombang haba sejak April lalu dan situasi serupa turut berlaku di bebera[a negara jirannya termasuk Malaysia dan Thailand.
Suhu di bahagian utara dan selatan Vietnam kebiasaannya berbeza, namun ketika ini, semua tempat merekodkan suhu tinggi.
Suhu 44.1 darjah Celsius itu direkodan di stesen pengukur suhu Hoi Xuan di wilayah Thanh Hoa.
Suhu itu mengatasi suhu setinggi 43,000.4 darjah Celsius pada 20 April 2019.
Pakar kaji cuaca, Nguyen Ngoc Huy berkata, bacaan suhu terbaharu itu amat membimbangkan.
“Saya percaya, suhu ini boleh meningkat dari semasa ke semasa dalam tempoh terdekat berikutan pemanasan global yang kita alami ketika ini,” katanya. – AFP