Tragedi bot terbalik: Lelaki hilang 11 ahli keluarga serentak

Tragedi bot terbalik: Lelaki hilang 11 ahli keluarga serentak

KUNNUMMAL Saithalavi (duduk tengah) bersama adiknya Kunnummal Siraj dan Jabir kehilangan ahli keluarga mereka dalam tragedi bot terbalik di Kerala. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THIRUVANANTHAPURAM: Tragedi sebuah bot penumpang terbalik di Kerala yang meragut puluhan nyawa pada minggu lalu, membuatkan seorang lelaki kehilangan 11 ahli keluarganya dalam sekelip mata.

Lapor BBC, Kunnummal Saithalavi berkata, seramai 11 ahli keluarganya termasuk isteri dan empat orang anaknya antara mangsa yang maut selepas bot membawa lebihan muatan penumpang itu karam di Tanur, sebuah bandar di daerah Malappuram di Kerala.

Menurut Saithalavi, ketika kejadian, beberapa ahli keluarganya mengunjungi Thooval Theeram, sebuah destinasi pelancongan popular berhampiran muara di Tanur.      

Katanya, dia cuba menghubungi keluarganya beberapa kali selepas mendapat tahu mengenai insiden itu namun gagal mencapai mereka. 

“Saya menghubungi tiga telefon bimbit yang mereka gunakan tetapi tidak mendapat sebarang respon,” katanya.

Saithalavi dan adik lelakinya, Kunnummal Siraj tinggal bersama keluarga dan ibu mereka di Puthankadappuram, beberapa kilometer dari Thooval Theeram. 

Ketika kejadian, kakak kepada Saithalavi juga melawat keluarga itu sebelum mereka memutuskan untuk pergi ke Thooval Theeram.

Keluarga itu turut menjemput abang angkat, Kunnumal Jabir dan keluarganya serta jiran mereka, Ashifa bersama dua orang anaknya menyertai rombongan keluarga itu. 

Rombongan terdiri daripada 19 ahli keluarga pergi ke Thooval Theeram pada petang Ahad lalu.

Menurut Saithalavi, dia sempat meluangkan masa bersama keluarganya sebelum mereka menaiki bot berkenaan.    

“Saya sudah beri amaran kepada mereka supaya tidak menaiki bot pada waktu itu kerana merasakan tidak selamat,” katanya.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila bot pelancong dua tingkat terbalik di Kerala, selatan India pada 7 Mei lalu.

Kira-kira 50 penumpang dipercayai berada di dalam bot itu ketika kejadian itu berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN