Tentera Israel musnahkan rumah pejuang Palestin

Tentera Israel musnahkan rumah pejuang Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILIN: Pasukan tentera Israel memusnahkan rumah keluarga seorang pejuang Palestin yang terletak di Tebing Barat.

Pejuang Palestin itu maut dibunuh selepas terlibat dalam serangan di tengah ibu kota Tel Aviv pada Mac lalu.

“Tentera Israel dan polis sempadan memusnahkan rumah milik Mutaz Khawaja di kampung Nilin.

“Mutaz pernah terlibat dalam serangan tembakan di Dizengoff Street, Tel Aviv pada 9 Mac lalu,” jelas tentera dalam kenyataan.

Mutaz yang berusia 23 tahun merupakan anggota kumpulan Hamas Briged Ezzedine al-Qassam.

Lelaki itu maut ditembak polis Israel selepas serangan itu yang turut mengakibatkan seorang penduduk Israel terkorban dan dua orang mengalami kecederaan.

Kampung halamannya terletak berhampiran Laluan Hijau yang memisahkan Israel dari Tebing Barat yang diduduki, dan kira-kira 20 kilometer (km) dari Tel Aviv.

Datuk Bandar Nilin, Yusef Khawaja berkata, tentera Israel mengarahkan semua penduduk tinggal di pangsapuri empat tingkat itu meninggalkan rumah mereka sebelum rumah pejuang itu dirobohkan.

Tentera Israel menyiarkan rakaman video memaparkan pasukannya meletakkan bahan letupan sebelum bertindak meletupkan unit kediaman pejuang itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya