Teknologi AI berupaya ganti 80 peratus pekerjaan manusia - Utusan Malaysia

Teknologi AI berupaya ganti 80 peratus pekerjaan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Kecerdasan buatan (AI) dianggarkan berupaya menggantikan kira-kira 80 peratus pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Penyelidik, Ben Goertzel, 56, yang juga pakar AI menyatakan, Kecerdasan Am Buatan (AGI) bakal muncul beberapa tahun lagi dan menegaskan beliau menentang sebarang usaha untuk membendung penyelidikan berkaitan bidang tersebut.

Beliau yakin AI berserta kepintaran manusia akan dapat disatukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, namun penyelidikan menyeluruh diperlukan.

“Saya tidak fikir kita perlu menghentikan penggunaan AI kerana sistem AI ini sangat menarik, namun tidak mampu menjadi seperti kecerdasan am peringkat manusia kerana mereka tidak boleh melakukan perkara rumit pelbagai peringkat.

“Mereka tidak boleh mencipta perkara baharu di luar skop data latihan mereka, tetapi AI juga boleh menyebarkan maklumat yang salah, menyebabkan orang ramai menggesa pembangunannya dihentikan.

“Dalam pada itu, mengapa pula kita tidak mengharamkan internet yang memberi banyak maklumat di hujung jari anda dan turut menyebarkan maklumat salah,” katanya dalam persidangan teknologi tahunan terbesar di dunia, Web Summit di Rio de Janeiro.

Goertzel juga menyatakan sekiranya AI dilaksanakan secara menyeluruh, ia tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada manusia, sebaliknya satu faedah.

Jelasnya, manusia masih boleh kehilangan peluang pekerjaan sehingga 80 peratus tanpa melibatkan AGI. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.