Taufan Mocha ragut 41 nyawa di Myanmar - Utusan Malaysia

Taufan Mocha ragut 41 nyawa di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITTWE: Jumlah korban akibat Taufan Mocha yang membadai negeri Rakhine dilaporkan meningkat sekurang-kurangnya 41 orang.

Jurucakap pihak berkuasa di kampung Bu Ma, Karlo berkata, jumlah kematian dijangka meningkat dari semasa ke semasa selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan terjejas.

Taufan terkuat itu membadai negara ini dan Myanmar semalam, menyebabkan kerosakan teruk di Rakhine, manakala tiada kemusnahan teruk dilaporkan di Bangladesh.

Taufan itu turut melintasi kem pelarian Rohingya di Cox’x Bazar, namun tiada insiden tidak diingini berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN