Tatap gambar makanan mampu kawal rasa lapar - Utusan Malaysia

Tatap gambar makanan mampu kawal rasa lapar

KEDAI menjual coklat M&M di Times Square di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Sekumpulan saintis mendakwa individu yang menatap gambar makanan diidamkan mampu membantu mereka menyekat selera makan, sekali gus menurunkan berat badan.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik dari Denmark menjalankan kajian tersebut yang membabitkan lebih 1,000 peserta.

Dalam kajian itu, peserta diminta menatap sebanyak 30 keping gambar M&M selama dua saat bagi setiap imej serta `membayangkan’ seolah-olah sedang makan coklat berkenaan.

Pasukan penyelidik mendapati peserta berasa lebih kenyang dan hanya makan kurang selepas eksperimen tersebut.

Peserta berkenaan dibandingkan dengan kumpulan individu sama yang ditunjukkan beberapa gambar makanan serupa sebanyak tiga kali.

Para saintis berpandangan tindakan itu merangsang bahagian otak yang dikaitkan dengan selera makan sehingga membuatkan individu berasa seolah-olah sudah menjamu makanan tersebut.

Ia sekali gus meningkatkan rasa kenyang dan berkemungkinan membantu menurunkan berat badan tanpa perlu melakukan senaman berat.

Kajian yang diketuai oleh saintis makanan, Tjark Anderson diterbitkan dalam jurnal Appetite.

Menurut Anderson, kesemua peserta itu dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi eksperimen berasingan.

Dalam eksperimen pertama, katanya, peserta ditunjukkan gambar coklat M&M berwarna oren sama ada sebanyak tiga atau 30 kali.

Jelasnya, peserta diminta melihat setiap imej sambil membayangkan sedang makan makanan manis tersebut.

“Para peserta kemudian disoal mengenai rasa kenyang dan berapa banyak M&M yang mereka ingin makan.

“Keputusan menunjukkan individu yang menatap gambar itu sebanyak tiga kali lebih berkemungkinan berhasrat makan coklat itu berbanding mereka yang melihat imej itu 30 kali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya