Singa tertua dunia mati akibat tertusuk lembing dibaling penggembala - Utusan Malaysia

Singa tertua dunia mati akibat tertusuk lembing dibaling penggembala

LOONKIITO mati akibat terkena tusukan lembing penggembala. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Seekor singa jantan dipercayai antara tertua di dunia, mati akibat terkena tusukan lembing dilemparkan oleh penggembala haiwan ternakan di Kenya.

Lapor BBC, pihak berkuasa berkata, Loonkiito yang berusia 19 tahun, mati di kampung Olkelunyiet pada malam Rabu selepas haiwan liar itu memburu binatang ternakan.

Jelasnya, kampung itu bersempadan dengan Taman Negara Amboseli di selatan Kenya.

Jurucakap Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), Paul Jinaro berkata, singa tua itu agak lemah dan berkeliaran dari taman ke kampung untuk mencari makanan.

Sementara itu, kumpulan pemuliharaan Lion Guardians memaklumkan Loonkiito merupakan singa jantan yang tertua dalam ekosistem dan mungkin di Afrika.

Lion Guardians yang dikendalikan oleh Maasai dilaporkan memulihara populasi singa di Taman Negara Amboseli.

“Biasanya, pada akhir musim kemarau menandakan peningkatan dalam konflik manusia-singa ketika haiwan liar pulih dan menjadi lebih sukar untuk memburu.

“Jadi, dalam keadaan terdesak, singa sering berubah dan memburu haiwan ternakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.