Pekerja wanita diajak ‘check in’ hotel untuk sambung kontrak

Siasat pekerja wanita diajak ‘check in’ hotel untuk sambung kontrak

NETTY PRASETIYANI AHER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Tenaga Kerja diminta segera membentuk pasukan bagi menyiasat dakwaan kes pekerja wanita diajak menginap di hotel dengan pihak atasan sebuah syarikat jika mahu melanjutkan kontrak kerja.

Lapor Tribunnews, perkara itu ditegaskan Anggota Komisi IX Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Netty Prasetiyani Aher selepas isu tersebut tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Kementerian Tenaga Kerja harus segera mengerahkan pasukan untuk menyiasat dan meneliti kes gangguan seksual terbabit,” katanya.

Netty turut meminta kementerian berkenaan tidak membiarkan kes itu berlalu kerana mangsa memerlukan bantuan dan jaminan keselamatan daripada kerajaan berhubung isu tersebut.

“Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja, apatah lagi menganggap kejadian ini sebagai perkara biasa.

“Mangsa memerlukan bantuan dan jaminan keselamatan daripada kerajaan supaya mereka mahu membuka kes dan membawa pihak bertanggung jawab ke muka pengadilan,” kata Netty.

Netty turut mempersoalkan peranan kementerian tersebut berhubung penyeliaan mereka hingga berlaku kejadian seperti itu.

“Apa peranan kementerian itu selama ini? Jika fungsi pengawasan berjalan dengan baik, tindakan pihak yang mengganggu pekerja wanita harus dicegah segera.

“Undang-undang berkaitan Jenayah Keganasan Seksual yang sudah diluluskan, perlu berkesan dalam mengambil tindakan terhadap semua jenayah seksual yang berlaku, selain memastikan perlindungan terjamin bagi mangsa,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN