Selesema burung korbankan hampir 9,000 hidupan laut di Chile - Utusan Malaysia

Selesema burung korbankan hampir 9,000 hidupan laut di Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Hampir 9,000 singa laut, penguin, memerang dan mamalia kecil menjadi korban akibat penularan selesema burung yang melanda pantai utara Chile, kata Perkhidmatan Perikanan Negara Amerika Selatan (Sernapesca), semalam.

Sejak awal tahun, lebih 7,600 singa laut, 1,186 penguin Humboldt iaitu spesies terancam yang hanya membiak di Chile dan Peru serta beberapa hidupan seperti memerang dan ikan lumba-lumba ditemui mati di sepanjang pantai, kata Sernapesca dalam kenyataan.

Menurutnya, penyakit itu menular di 12 daripada 16 wilayah Chile sambil ia mengumumkan pengaktifan ‘protokol pengawasan’ di sepanjang pantai, termasuk menanamkan hidupan yang terjejas dalam usaha mencegah penyebaran virus seterusnya.

Sejak penghujung 2021, satu daripada wabak selesema burung global yang paling teruk dalam rekod menyaksikan puluhan juta ayam terpaksa dimusnahkan, selain menyebabkan burung liar mati secara besar-besaran dan peningkatan jumlah jangkitan dalam kalangan mamalia di beberapa negara.

Misalnya di Kemboja, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun jatuh sakit pada pertengahan Februari akibat demam, batuk dan sakit tekak, sebelum meninggal dunia akibat virus selesema burung H5N1, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Bapanya juga diuji positif, tetapi pihak berkuasa kesihatan Kemboja menafikan penularan jangkitan daripada manusia ke manusia lain.

Ini berikutan amat jarang selesema burung berpindah jangkitan kepada dalam mamalia dan lebih jarang lagi dijangkiti virus yang boleh membawa maut.

Ketika ini tiada rawatan terhadap penyakit terbabit yang sering membawa ancaman maut pada burung liar dan ternakan.

Dalam pada itu, Mac lalu, Chile merekodkan kes pertama jangkitan manusia yang membabitkan seorang lelaki berusia 53 tahun.

Di tempat lain di Amerika Selatan, Argentina, Brazil, Paraguay dan Peru, dengan ratusan kematian singa laut, turut melaporkan ada berlaku penularan jangkitan kepada manusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya