Remaja cucuk mata buaya guna jari elak dibaham - Utusan Malaysia

Remaja cucuk mata buaya guna jari elak dibaham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Seorang remaja lelaki berjaya melepaskan diri daripada gigitan seekor buaya apabila mencucuk mata reptilia ganas itu menggunakan jarinya dalam kejadian di Groote Eylandt di wilayah utara Australia (NT), semalam.

Ketika kejadian, Zefha Butcher, 19, sedang memancing bersama keluarganya apabila buaya air masin sepanjang 5.4 meter itu menerkam lalu cuba menariknya ke dalam air.

Bercakap kepada News Corp Australia hari ini, Zefha berkata, buaya itu sangat besar dan ketika kejadian reptilia berkenaan menyerang bahagian kakinya.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai saiz badan yang agak besar menyebabkan buaya itu sukar untuk membaham.

“Keadaan ketika kejadian sangat sukar ibarat seperti dilanggar kereta. Haiwan itu kemudian membaham sehingga pinggang sebelum cuba untuk membunuh saya.

“Saya cuba beberapa kali sehingga berjaya mencucuk mata buaya itu menggunakan ibu jari menyebabkannya melepaskan saya,” katanya.

Sejurus selepas kejadian, Zefha dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat gigitan buaya di bahagian kaki dan tangannya di sebuah hospital berhampiran yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Buaya itu kemudian ditangkap dan dibunuh oleh renjer, selain dikenal pasti turut melakukan beberapa serangan ke atas anjing di kawasan berkenaan pada awal bulan ini.

Terdapat kira-kira 200,000 buaya air masin dewasa di Australia dan habitat separuh daripada angka itu terletak di NT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya