Raja Charles III ditabal sebagai Raja Britain - Utusan Malaysia

Raja Charles III ditabal sebagai Raja Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Raja Charles III ditabalkan sebagai Raja Britain di Westminster Abbey sekali gus menandakan permulaan simbolik era kerajaan baharu di Britain.

Dalam upacara mewah dengan adat tradisi kuno yang tidak dilihat di Britain sejak 1953, Uskup Agung Canterbury, Justin Welby, meletakkan Mahkota St Edward di atas kepalanya, dengan seruan ‘Tuhan. Selamatkan Raja!’

Di hadapan 2,300 tetamu termasuk lebih daripada 100 ketua negara, Raja Charles III berikrar untuk mengekalkan agama Protestan di United Kingdom (UK) dan memelihara hak Gereja England seperti yang ditetapkan dalam akta Parlimen.

Ribuan rakyat bersesak-sesak di sepanjang laluan perarakan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey untuk menyaksikan istiadat bersejarah itu.

Dalam pada itu, polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu sebelum perarakan bermula.

Penahanan itu termasuk ketua kumpulan Republik, Graham Smith.

Menurut pihak berkuasa, beberapa individu turut ditahan di kawasan Carlton House Terrace dan Wellington Arch kerana bertindak mencurigakan serta mengganggu ketenteraman orang awam ketika istiadat berlangsung.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN