Polis Thailand beri amaran bahana minuman dadah 'Happy Water'

Polis Thailand beri amaran bahana minuman dadah ‘Happy Water’

POLIS Thailand menunjukkan hasil serbuan dadah dan paket minuman Happy Water di sebuah apartmen di Bangkok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jabatan Perubatan Thailand memberi amaran kepada pengunjung parti dan kelab malam supaya tidak mengambil koktel berbahaya mengandungi pelbagai dadah terlarang dipanggil ‘Happy Water’ yang kini sudah menjadi wabak di banyak pusat hiburan di negara itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Dr. Manat Phothaphon berkata, Happy Water dibuat dengan mencampurkan pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, ekstasi, methamphetamine, diazepam, kafein dan tramadol semuanya ke dalam satu cawan minuman manis atau minuman keras.

Manat berkata, apabila ditelan, Happy Water boleh menyebabkan semua jenis kesan psikotropik seperti rangsangan, halusinasi, mengantuk dan kemurungan bergantung kepada bahan utama yang dicampur.

“Happy Water ialah wabak yang merebak pantas dan sangat membimbangkan kerana mengambil atau mencampurkan dadah dalam kuantiti yang tinggi, terutamanya ke dalam minuman beralkohol, boleh membahayakan tubuh badan bahkan menyebabkan kematian,” tegasnya.

Pengarah Institut Rawatan Penyalahgunaan Dadah Negara Princess Mother (PMNIDAT), Dr Sarayut Boonchaipanichwatana berkata, sudah menjadi trend bagi mereka yang gemar bersuka ria mencampurkan beberapa jenis dadah sekaligus daripada hanya mengambil sejenis bahan terlarang itu sahaja.

Katanya, pengedar dadah yang menghasilkan Happy Water sering membungkus formula koktel ke dalam sachet yang sedia untuk diedarkan di sekitar kelab malam dan mudah dicampur ke dalam minuman.

Justeru, beliau mengingatkan pelancong asing supaya tidak menerima minuman daripada individu tidak dikenali di mana-mana lokasi hiburan malam Thailand bagi mengelak perkara tidak diingini dan segera menghubungi talian 1165 untuk mendapatkan nasihat jika berdepan kecemasan.

Menurut portal the thaiger, pada Oktober tahun lalu, polis menyerbu lokasi hiburan haram, Jinling Pub di Bangkok dan menemui formula ketamin, nimetazepam serta Happy Water di dalam bar dengan 104 daripada pengunjung didapati positif dadah, majoritinya warga China.

Beberapa hari kemudian, dua lelaki warga Singapura ditahan di bandar itu selepas pihak berkuasa menemukan formula Happy Water dalam bungkusan sama seperti di Jinling Pub dalam pangsapuri mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya