Polis obes diarah bersara jika gagal kuruskan badan

Polis obes diarah bersara jika gagal kuruskan badan

POLIS Assam yang obes akan diarahkan bersara jika gagal menurunkan berat badan sehingga November ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pegawai polis di negeri Assam di India yang mengalami masalah obes diarahkan untuk menurunkan berat badan dengan segera atau dipaksa meninggalkan pasukan itu.

Ketua Pengarah Polis Assam, Gyanendra Pratap Singh berkata, indeks jisim badan (BMI) semua pegawai akan direkodkan secara berkala mulai pertengahan Ogos ini.

Pegawai dalam kategori obes kemudiannya akan diberi masa sehingga November untuk mengurangkan berat badan atau diminta bersara secara sukarela.

Bagaimanapun, menurut beliau, pegawai yang mempunyai masalah kesihatan akan dikecualikan.

Singh menerusi akaun Twitter menjelaskan, beliau sendiri akan menjadi pegawai pertama dalam pasukan itu yang direkodkan bacaan BMI.

Beberapa minggu lalu, Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma menegaskan, kira-kira 300 anggota polis di negeri itu akan diminta bersara awal kerana mengalami masalah ketagihan alkohol dan tidak sihat secara fizikal.

Beliau berkata, arahan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuang mereka yang tidak efisien dan mengembalikan keyakinan terhadap pasukan polis di negeri itu.

Namun menurut BBC, kajian mendapati, pegawai polis India sering bekerja dalam tempoh yang lama, waktu yang tidak teratur tanpa rehat secukupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya