Polis Israel lepas peluru hidup terhadap rakyat Palestin bantah 'perarakan bendera' Yahudi

Polis Israel lepas peluru hidup terhadap rakyat Palestin bantah ‘perarakan bendera’ Yahudi

PENDUDUK Palestin berlindung ketika pasukan keselamatan Israel melepaskan tembakan peluru hidup di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pasukan keselamatan Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin yang menyertai protes di timur Semenanjung Gaza.

Protes yang mengakibatkan sejumlah daripada mereka cedera itu berlaku ketika penduduk Israel yang berhaluan kanan berhimpun sempena ‘perarakan bendera’ di Kota Lama Baitulmuqaddis Timur.

Ratusan rakyat Palestin menyertai protes tersebut sebagai bantahan terhadap perarakan berkenaan, selain mendesak pihak berkuasa Zionis menghentikan serangan di Masjid al-Aqsa.

Pihak berkuasa Israel memaklumkan, mereka terpaksa melepaskan tembakan selepas beberapa rakyat Palestin membaling bahan letupan di kawasan pagar sempadan yang memisahkan Israel dan Gaza.

Perarakan bendera itu disambut bagi menandakan hari Zionis menduduki Baitulmuqaddis Timur dan sejak beberapa tahun lalu, konflik tercetus setiap kali perarakan itu diadakan.

Seorang rakyat Palestin, Osama Abu Qamar, 59, berkata, penduduk Palestin sesekali tidak akan tunduk pada Israel.

“Kami tidak akan menyerah kalah, Israel tiada hak walau seinci pun atas tanah kami,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan keselamatan Israel menempatkan kawalan keselamatan yang ketat di sekitar Masjid al-Aqsa bagi mengelakkan rusuhan berlaku.

Pada 2021, perarakan itu terpaksa ditunda dan laluannya diubah selepas Masjid al-Aqsa diserbu pihak berkuasa Israel.

Hamas sebelum itu menggesa komuniti antarabangsa dan negara-negara Arab menghalang perarakan tersebut dengan memberi amaran, ia hanya akan memburukkan situasi.

Jurucakap Hamas, Abd Allatif al-Qanou berkata, pergerakan itu tidak membenarkan Israel meluaskan penjajahan mereka di bumi Palestin, termasuk mengawal al-Aqsa.

“Kami menyeru kepada semua rakyat Palestin supaya terus mempertahankan al-Aqsa, itu tempat suci umat Islam, tiada sesiapa boleh rampasnya dari umat Islam,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.