PM Singapura positif Covid-19 buat kali pertama - Utusan Malaysia

PM Singapura positif Covid-19 buat kali pertama

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Umum Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diuji positif Covid-19 buat kali pertama sejak wabak itu melanda dunia pada 2020.

“Saya diuji positif COVID-19 buat kali pertama pagi ini. Ia berlaku selepas lawatan kerja saya baru-baru ini,” kata Lee menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini.

Hsien Loong, 71, minggu lalu berada di Cape Town, Afrika Selatan dan Nairobi, Kenya untuk lawatan rasmi.

“Saya secara amnya berasa ok namun doktor menasihatkan saya untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga saya tidak menunjukkan gejala. Mereka juga telah memberi saya Paxlovid, ubat antivirus, kerana umur saya,” tulis Hsien Loong.

Hsien Loong memaklumkan ‘dos penggalak vaksin Covid-19 terbarunya adalah pada bulan November’.

“Sila pastikan vaksinasi anda dikemas kini, kerana ia mengurangkan risiko penyakit yang teruk. Memandangkan Covid-19 kekal endemik di Singapura, kita mesti terus kekal selamat dan sihat,” tambah Hsien Loong.

Hsien Loong turut memuat naik imej kit ujian Covid-19 yang positif dalam Facebooknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya