Pengembara tidak perlu ambil vaksin Covid-19 untuk masuk AS

Pengembara tidak perlu ambil vaksin Covid-19 untuk masuk AS

PRESIDEN Joe Biden menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di Washington, Amerika Syarikat pada 25 Oktober 2022. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House mengumumkan 11 Mei ini sebagai tarikh penamatan syarat vaksin Covid-19 untuk semua pelancong yang tiba ke Amerika Syarikat (AS) serta kepada penjawat awam di seluruh negara itu.

“Pentadbiran White House semalam mengumumkan bakal menamatkan keperluan vaksin Covid-19 untuk pekerja Persekutuan, kontraktor persekutuan dan pengembara antarabangsa.

“Syarat ini terpakai untuk semua ketibaan dari luar negara bermula 11 Mei ini, iaitu hari yang sama perintah darurat kesihatan awam Covid-19 berakhir,” menurut kenyataan White House.

White House turut memaklumkan pandemik Covid-19 di AS semakin hampir dihentikan, sekali gus mendorong kerajaan menarik balik pelbagai sekatan.

“Sejak Januari 2021, kematian Covid-19 berkurangan sebanyak 95 peratus dan kadar kemasukan ke hospital juga menurun hampir 91 peratus.

“Pada peringkat global, kematian Covid-19 juga berada pada tahap terendah sejak permulaan pandemik pada hujung 2019,” jelas White House.

Pentadbiran kerajaan AS menegaskan, kempen vaksinasi yang dilaksanakan di negara ini berjaya menyelamatkan jutaan nyawa daripada jangkitan Covid-19.

Selain menamatkan peraturan vaksin, Presiden Joe Biden pada bulan lalu mengumumkan beliau secara rasmi menggesa penamatan darurat kesihatan kebangsaan yang berlangsung selama lebih tiga tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai langkah ‘luar biasa’ dilakukan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Hal itu termasuk pembiayaan kos tinggi untuk pelaksanaan ujian dan vaksin Covid-19 secara percuma di seluruh negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.