Penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin di Tebing Barat dengan mengesahkan berlaku kejadian berbalas tembakan.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang lagi penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Saleh Mohamad Sabra, 22, terbunuh akibat terkena peluru hidup ketika serangan Israel di Nablus,” jelas kementerian dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan pihaknya sedang menjalankan operasi di Nablus bagi merobohkan rumah milik seorang lelaki disyaki melakukan serangan bersenjata yang mengorbankan dua penduduk Israel di kawasan itu pada Februari lalu.

“Semasa operasi itu, suspek membaling batu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera yang berbalas tembakan,” kata tentera dalam kenyataan.

Jelasnya, seorang suspek terkena tembakan tersebut.

Insiden itu berlaku selepas gencatan senjata menamatkan pertempuran selama lima hari antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Jihad Islam di Gaza.

Pertempuran itu mengakibatkan seramai 35 orang maut, yang kebanyakkannya merupakan penduduk Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.