Penceramah Bahar Smith dakwa ditembak individu tidak dikenali - Utusan Malaysia

Penceramah Bahar Smith dakwa ditembak individu tidak dikenali

BAHAR SMITH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penceramah kontroversi Indonesia, Bahar bin Smith mendedahkan dia ditembak oleh individu tidak dikenali ketika berada di Kemang, Bogor pada Jumaat lalu.

Sehubungan itu, penceramah tersebut segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis untuk siasatan.

Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin mengesahkan laporan polis yang dibuat Bahar dan siasatan sedang dilakukan.

“Kami sudah membentuk pasukan bagi menyiasat insiden tersebut, untuk melihat sama ada benar atau tidak Bahar ditembak individu tidak dikenali.

“Kita akan soal siasat semua saksi terlibat untuk mengenal pasti insiden yang berlaku,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Bahar memaklumkan dia mengalami kecedeaan di bahagian perut akibat tembakan tersebut.

Namun, polis masih menyiasat sama ada benar luka itu disebabkan tembakan atau perkara lain.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemukan kesan tembakan dan kesan darah di lokasi kejadian.

Ketua Hal Ehwal Polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo berkata, polis hanya menemukan kesan darah pada serban yang dipakai Bahar.

“Polis juga tidak dapat mengesan mana-mana saksi yang melihat kejadian itu berlaku, selain menyiasat rakaman kamera litar tertutup yang ada di sekitar kawasan tersebut.

“Jadi, polis tidak dapat sahkan sama ada benar atau tidak Bahar menjadi mangsa tembakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam Bahar memaklumkan penceramah itu dalam keadaan sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN