Pemimpin G7 setuju inisiatif baharu perangi ancaman ekonomi 

Pemimpin G7 setuju inisiatif baharu perangi ancaman ekonomi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemimpin kumpulan tujuh negara maju (G7) sebulat suara bersetuju dengan inisiatif baharu untuk memerangi ancaman ekonomi.

Malah, negara kumpulan G7 turut berjanji untuk mengambil tindakan bagi memastikan mana-mana pihak cuba menggunakan kebergantungan ekonomi sebagai senjata akan berdepan implikasinya.

Menurut kumpulan G7 menerusi kenyataan, inisiatif digelar sebagai Platform Penyelarasan mengenai Ancaman Ekonomi, akan menggunakan amaran awal dan perkongsian maklumat pantas mengenai ancaman ekonomi bersama ahli yang bermesyuarat secara berkala untuk perundingan.

“Ketika ini, dunia berdepan kebimbangan dalam insiden ancaman ekonomi yang cuba mengeksploitasi kelemahan ekonomi,” jelas kenyataan selepas mesyuarat di Hiroshima, Jepun.

Kenyataan itu tidak mendedahkan nama China namun dalam butiran dikeluarkan semalam yang menggariskan cadangan inisiatif, Britain cuba merujuk republik itu menggunakan kuasa ekonominya dalam pertikaian politik dengan Australia dan Lithuania.

Negara kumpulan G7 terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Kedutaan China di Britain menerusi kenyataan disiarkan di laman sesawang memberi amaran kepada negara G7 bahawa sebarang perbuatan yang dilihat menjejaskan kepentingan Beijing akan dibalas dengan tindakan keras.

Sementara itu, pemimpin G7 juga menyatakan komitmen mereka dalam mempereratkan kerjasama dalam memperkukuhkan rantaian bekalan selain menggesa peranan lebih besar bagi negara berpendapatan rendah dalam menggalakkan daya tahan ekonomi. – REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya