Pasukan perisik Turkiye buru, bunuh pemimpin Daesh di Syria

Pasukan perisik Turkiye buru, bunuh pemimpin Daesh di Syria

ABU HUSSEIN AL-QURASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan pasukan perisik negara ini berjaya membunuh pemimpin Daesh, Abu Hussein al-Qurashi di Syria.

RECEP TAYYIP ERDOGAN

Katanya, Abu Hussein terbunuh dalam satu operasi perisikan Turkiye di Syria.

“Pasukan perisik Turkiye sudah lama memburu pemimpin Daesh itu dan akhirnya misi kami berjaya,” kata Erdogan menerusi temu bual bersama stesen penyiaran, TRT Turk.

Dalam pada itu, sumber tempatan dan keselamatan Syria memaklumkan, serbuan itu berlaku di Jandaris di utara Syria yang dikawal oleh kumpulan pemberontak disokong Turkiye.

Kawasan itu antara paling teruk terjejas dalam gempa bumi kuat pada 6 Februari lalu yang melanda Turkiye dan Syria.

Namun sehingga ini, Tentera Kebangsaan Syria dan puak pembangkang masih tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut.

Menurut seorang saksi, pertempuran bermula di pinggir Jandaris sejak kelmarin sebelum penduduk mendengar bunyi letupan kuat.

Kawasan itu kemudiannya dikepung oleh pasukan keselamatan bagi menghalang mana-mana pihak menghampirinya.

Daesh memilih Abu Hussein sebagai pemimpin pada November 2022 selepas pemimpin sebelumnya terbunuh dalam operasi di selatan Syria.

Daesh menawan sebahagian besar Iraq dan Syria pada 2014 dan ketuanya ketika itu, Abu Bakr al-Baghdadi mengisytiharkan sebuah khalifah Islam.

Namun, cengkaman Daesh semakin goyah selepas kempen tentera yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Syria dan Iraq agresif melakukan operasi pembendungan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya