Netflix banteras perkongsian akaun, mahu kenakan caj tambahan - Utusan Malaysia

Netflix banteras perkongsian akaun, mahu kenakan caj tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Netflix memperluaskan usaha membanteras perkongsian kata laluan di Amerika Syarikat (AS) dan lebih 100 negara lain dan mengingatkan pengguna bahawa akaun penstriman tidak boleh dikongsi secara percuma di luar kediaman mereka.

Netflix dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menghantar emel mengenai perkongsian akaun kepada pelanggan di 103 negara dan wilayah, termasuk AS, Britain, Perancis, Jerman, Australia, Singapura, Mexico dan Brazil.

Emel tersebut menyatakan bahawa akaun Netflix hanya boleh digunakan dalam satu isi rumah sahaja.

“Awal tahun ini lebih 100 juta isi rumah membekalkan kelayakan log masuk kepada rakan dan keluarga di luar kediaman mereka hingga menjejaskan keupayaan kami untuk melabur dalam siaran televisyen dan filem baharu yang hebat.

“Justeru, di bawah dasar baharu ini, individu dalam isi rumah yang sama boleh terus berkongsi akaun Netflix dan boleh menggunakannya pada pelbagai peranti semasa melancong,” kata syarikat itu.

Pelanggan dibenarkan menambah ahli di luar kediaman mereka dengan membayar yuran tambahan.

Perintis video penstriman itu dilaporkan mula mencari cara baharu untuk menjana pendapatan selepas menghadapi tanda-tanda ketepuan pasaran termasuk mengenakan had peminjaman kata laluan dan pilihan baharu yang disokong iklan.

Sehingga akhir Mac, pelanggan berbayar Netflix berjumlah 232.5 juta di seluruh dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya