Nenek berusia 95 tahun kritikal selepas direnjat polis - Utusan Malaysia

Nenek berusia 95 tahun kritikal selepas direnjat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang nenek berusia 95 tahun yang direnjat dengan pistol elektrik oleh polis dalam satu kejadian dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.

Polis dikerahkan ke rumah jagaan warga emas Yallambee di Cooma, 300 kilometer ke barat Sydney kelmarin selepas seorang petugas menemukan nenek tersebut, Clare Nowland memegang pisau stik di luar biliknya.

Dua anggota polis berkomunikasi dengan Nowland selama beberapa minit, namun wanita warga emas itu enggan meletakkan pisau tersebut dan cuba menghampiri polis.

Disebabkan tindakan itu, seorang daripada anggota polis berkenaan merenjat Nowland menyebabkan dia terbaring atas lantai.

Nowland yang menghidap dimensia sebelum itu dilaporkan berjalan-jalan di sekitar rumah jagaan tersebut sebelum mengambil pisau stik di dapur.

Selepas diberi bantuan kecemasan, Nowland dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, keadaannya dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Anggota polis yang merenjat Nowland kini direhatkan daripada tugasan bagi membolehkan siasatan dilakukan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya