Masuk Bali tanpa VoA, banyak pelancong ‘buat hal’

Masuk Bali tanpa VoA, banyak pelancong ‘buat hal’

PELANCONG asing ingin melakukan aktiviti meluncur ombak di Sanur, Bali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Pihak berkuasa Bali menyifatkan banyak pelancong asing terlibat dalam pelbagai insiden tidak diingini di pulau peranginan itu disebabkan oleh kelonggaran penerapan Visa on Arrival (VoA).

Gabenor Bali, Wayan Koster berkata, sebanyak lebih 80 negara tidak memerlukan VoA untuk masuk ke pusat peranginan ini bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi Bali selepas pandemik Covid-19.

“Beberapa kejadian, termasuk kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelancong asing di Bali sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan pelaksanaan VoA yang sudah dilonggarkan.

“Kita mahu Bali segera pulih daripada kesan akibat pandemik Covid-19 dengan melonggarkan visa kepada pelancong.

“Namun langkah itu menyebabkan ada pelancong asing mengambil kesempatan dengan melakukan pelbagai jenayah kecil sehingga besar selepas tiba di Bali,” katanya.

Jelas Koster, pelaksanaan VoA itu mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri.

Katanya, langkah tersebut baik apabila semakin mudah untuk pelancong asing masuk ke Bali dan sebaliknya.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan akan mengadakan mesyuarat bersama pemerintah pusat bagi menilai semula VoA tersebut.

“Tindakan tidak bertanggungjawab pelancong asing yang tidak beradab boleh mencemarkan imej Bali dalam jangka panjang,” ujarnya.

Selain itu, pihak berkuasa Bali juga akan mengeluarkan peraturan baharu kepada pelancong asing, namun belum diperincikan lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya