Lori bawa runtuhan bangunan rempuh 11 kenderaan, 12 maut di Turkiye

Lori bawa runtuhan bangunan rempuh 11 kenderaan, 12 maut di Turkiye

ANGGOTA polis dan pasukan penyelamat bekerja di sebelah kenderaan terbakar di lebuh raya Iskenderun-Antakya, selatan Turkiye. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 31 lagi cedera dalam nahas membabitkan beberapa kenderaan dan sebuah lori yang masuk ke laluan bertentangan di lebuh raya di Hatay, selatan Turkiye.

Lapor Agensi Anadolu, nahas itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sembilan kereta dan dua bas mini.

Dilaporkan, ramai penduduk parkir kenderaan di tepi jalan berhampiran stesen minyak untuk menghantar ahli keluarga mereka yang berangkat menjalankan perkhidmatan ketenteraan.

Memetik laporan agensi berita Demiroren, lori itu membawa muatan serpihan runtuhan bangunan akibat dua gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 50,000 orang di Turkiye pada Februari lalu.

NTV melaporkan lori itu bertembung dengan sebuah trak lain di sekitar Topboğazi, tenggara Iskenderun.

Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca berkata, nahas itu turut mengakibatkan kebakaran besar di lebuh raya Iskenderun-Antakya.

Koca menerusi satu ciapan memaklumkan sebanyak 22 ambulans dan tiga pasukan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran manakala tiga orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan Demiroren, lori berkenaan merempuh sebuah lagi trak sebelum memasuki laluan bertentangan di lebuh raya itu kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).

Berdasarkan laporan Anadolu, saksi bernama Ali Sarrac mendakwa sebahagian mangsa yang maut, terbakar sehingga mati.

Beberapa gambar menunjukkan kenderaan terbakar ketika pasukan kecemasan cuba menjauhkan orang ramai daripada kebakaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya