Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel

Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin semasa pasukannya melakukan serbuan di Tebing Barat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian, Ashraf Mohammed Ibrahim, 37, maut ditembak oleh pasukan keselamatan Israel di bandar utara Jenin.

Berdasarkan laporan agensi berita Wafa, Ashraf bekerja sebagai pegawai dalam perisikan Palestin.

Tentera Israel memaklumkan suspek melepaskan beberapa tembakan ke arah pasukan tentera yang kemudian membalas serangan sekumpulan individu bersenjata ketika operasi serbuan di Jenin.

Selain itu, rejim Israel mendakwa suspek turut melemparkan bahan letupan ke arah pasukan tenteranya.

Menurut kumpulan hak asasi tahanan Palestin, enam orang ditahan di Jenin.

Dilaporkan, tentera Israel kerap melakukan serbuan di Tebing Barat yang diduduki oleh rejim Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Puluhan penduduk Palestin terbunuh di Jenin sejak beberapa bulan kebelakangan ini termasuk kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.