Konflik Myanmar: Tindakan ASEAN tidak cukup akhiri keganasan

Konflik Myanmar: Tindakan ASEAN tidak cukup akhiri keganasan

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN BAJO: Negara-negara ASEAN dilihat ‘tidak bertindak sepenuhnya’ dalam usaha menamatkan konflik berdarah di Myanmar.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) ketika hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang menyaksikan Indonesia menjadi tuan rumah.

Isu berkaitan konflik di Myanmar yang kini ditadbir junta menjadi antara topik utama yang dibincangkan dalam sidang kemuncak tersebut.

Ribuan orang dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan di Myanmar selepas junta merampas kuasa kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.

“Kami akui, ASEAN tidak mengambil pendekatan atau usaha yang mencukupi dalam menghentikan konflik berdarah di Myanmar.

“Oleh hal yang demikian, ASEAN perlu bersatu bagi memastikan misi untuk akhiri keganasan di Myanmar tercapai dalam masa terdekat,” kata Jokowi.

Dalam pada itu, pandangan berbeza antara pemimpin ASEAN mengenai isu di Myanmar menjadi satu daripada punca konflik di negara berkenaan sukar diselesaikan.

Hal ini kerana, ada pemimpin yang berpandangan, Myanmar perlu ‘dijemput’ semula ke dalam sidang kemuncak ASEAN, dan ada pula yang berpendapat, negara itu perlu dihukum selagi tiada perdamaian dicapai.

“Ada negara yang rasakan Myanmar patut dikenakan sekatan kerana konflik yang berlaku di negara itu meragut banyak nyawa tidak bersalah, namun ada juga berpandangan, Yangon perlu diberi peluang untuk menyertai perbincangan bersama ASEAN.

“Apabila tiada persefahaman, semakin sukar untuk kita semua (ASEAN) menyelesaikan keganasan yang berlaku di negara itu dan sampai bila isu ini perlu dibincangkan setiap kali tibanya sidang kemuncak?,” soal Jokowi.

Myanmar masih tersenarai dalam 10 negara anggota ASEAN, namun dilarang menyertai sebarang persidangan berikutan kegagalan junta menyelesaikan konflik yang berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN