Kod QR ganti passport untuk pelawat berkereta masuki Singapura - Utusan Malaysia

Kod QR ganti passport untuk pelawat berkereta masuki Singapura

SINGAPURA akan menggantikan pengimbasan pasport dengan kod QR untuk pelawat dalam kereta mulai awal 2024.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura akan menggantikan pemeriksaan pasport di pintu masuk negara itu dengan kod QR bagi pelawat yang menaiki kereta mulai awal tahun depan.

Lapor Channel News Asia, proses baharu itu akan dilancarkan di semua kaunter untuk kereta di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) membuat pengumuman itu pada seminar pelan kerja tahunan yang menggariskan inisiatif akan datang.

Sebelum membuat perjalanan, pelawat perlu membuat profil dan menjana kod QR individu atau kumpulan pada aplikasi mudah alih MyICA, menggunakan butiran daripada Singpass atau pasport mereka.

Di pusat pemeriksaan, pelawat akan dapat mengimbas sendiri kod QR di kaunter tanpa  perlu mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen.

Pegawai hanya akan menjalankan pemeriksaan imej wajah penumpang di dalam kereta menggunakan data yang diperoleh melalui kod berkenaan.

“Ini akan membolehkan pelepasan kumpulan diselesaikan dengan lebih cepat dan mengurangkan keseluruhan masa yang diambil untuk melepasi imigresen,” kata ICA.

Proses dinamakan Sistem Pelepasan Dalam Kereta Penumpang Automatik (APICS) dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi (HTX) dan pelancarannya dibuat susulan projek percubaan yang bermula tahun lepas.

ICA juga mengumumkan pihaknya kini sedang menguji penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan anomali dalam imej imbasan kargo, bungkusan dan bagasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN