Kepulangan Bashar disambut baik selepas lebih sedekad 

Kepulangan Bashar disambut baik selepas lebih sedekad 

PEMIMPIN negara Arab bergambar kenangan ketika sidang kemuncak Liga Arab di Jeddah. - AGENSI

BEIRUT: Liga Arab menyambut baik kepulangan Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam kumpulan negara itu selepas lebih sedekad diasingkan.

Liga Arab menerima semula penyertaan Syria selepas keanggotaan negara itu digantung selama 12 tahun. 

Lapor Al Jazeera, Bashar menghadiri sidang kemuncak ke-32 blok serantau itu yang diadakan di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi. 

Ia merupakan lawatan pertama Bashar sejak penggantungan keahlian negara itu berikutan perang meletus di Syria pada 2011.

Dalam ucapannya, Bashar menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai `peluang bersejarah’ untuk menangani krisis di seluruh rantau itu ketika ratusan orang di utara Syria membantah penyertaan negara itu dalam pakatan itu.

“Saya berharap ia menandakan permulaan fasa baharu tindakan Arab untuk solidariti sesama kita demi keamanan di rantau, pembangunan serta kemakmuran dan bukannya peperangan dan kemusnahan,” katanya.

Bashar memberi jaminan Syria akan sentiasa berada dalam Liga Arab namun menyeru agar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara Arab.

“Ia amat penting untuk membiarkan hal ehwal dalaman negara kepada rakyatnya memandangkan golongan ini mampu menguruskannya dengan sendiri,” katanya.     

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN