Kementerian Kesihatan Indonesia nafi telefon masyarakat tanya status vaksinasi Covid-19

Kementerian Kesihatan Indonesia nafi telefon masyarakat tanya status vaksinasi Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan masyarakat boleh periksa sendiri status vaksinasi menerusi aplikasi Satu Sehat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan (Kemenkes) Indonesia menegaskan tidak pernah melakukan sebarang panggilan telefon kepada masyarakat untuk bertanya status vaksinasi Covid-19 mereka.

Perkara itu mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tersebarnya mesej berantai menerusi aplikasi Whatsapp mengenai seorang individu menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

Panggilan itu bertanya mengenai apakah individu berkenaan sudah menerima suntikan vaksinasi Covid-19 sebelum nombornya disekat.

Jurucakap kementerian, MOhammad Syahril berkata, hal tersebut jelas merupakan berita palsu.

“Kementerian tidak pernah membuat panggilan kepada masyarakat untuk bertanyakan tentang status vaksinasi mereka.

“Malah, masyarakat boleh mengakses status vaksinasi sendiri menerusi platform yang sudah disediakan, iaitu aplikasi Satu Sehat,” katanya.

Aplikasi tersebut yang sebelum ini dinamakan PeduliLindungi sering digunakan semasa pandemik Covid-19 melanda Indonesia.

Selain itu Mohammad juga menjelaskan, masyarakat boleh menghubungi kementerian secara langsung melalui nombor telefon dan laman web rasmi.

“Tidak perlu percaya dengan mesej berantai seperti itu kerana jelas tidak mempunyai pengesahan daripada kementerian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN