Jepun benarkan loji nuklear beroperasi lebih 60 tahun

Jepun benarkan loji nuklear beroperasi lebih 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang yang membenarkan reaktor nuklear beroperasi melebihi tempoh 60 tahun yang ditetapkan sebelum ini.

Usaha itu dilakukan ketika Jepun cuba merancakkan semula sektor tersebut bagi memenuhi cabaran tenaga dan sasaran iklim.

Menurut jurucakap Parlimen, rang undang-undang itu bertujuan mewujudkan sistem bekalan elektrik ke arah mencapai negara yang bebas karbon.

Di bawah peraturan baharu, had tempoh dari segi teknikal masih kekal 60 tahun namun pengecualian dibenarkan bagi reaktor yang terpaksa menghentikan operasi atas sebab `tidak dapat dijangkakan’.

Perkara itu mungkin termasuk perubahan kepada garis panduan keselamatan atau injuksi sementara dikeluarkan oleh mahkamah.

Peraturan baharu juga membenarkan pengendali mengecualikan tempoh penutupan semasa mengambil kira jumlah tahun beroperasi.

Bagaimanapun, pengendali memerlukan kebenaran daripada badan pemerhati keselamatan nuklear Jepun untuk mendapatkan pengecualian tersebut.

Peraturan itu juga antara lain merangkumi beberapa langkah bertujuan mengukuhkan pemeriksaan keselamatan di reaktor nuklear yang sudah lama beroperasi.

Sementara itu, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun dalam kenyataan memaklumkan kerajaan mahu memastikan bekalan elektrik yang stabil ketika menggalakkan penggunaan sumber elektrik bebas karbon.

Langkah itu dibuat ketika kerajaan Jepun berusaha menggiatkan semula sektor nuklear yang tergendala selepas bencana Fukushima 2011 disebabkan tsunami. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.