Individu terkaya UK meninggal dunia

Individu terkaya UK meninggal dunia

SP HINDUJA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Individu terkaya di United Kingdom (UK), SP Hinduja, meninggal dunia pada usia 87 tahun di London, kelmarin.

Kematian ketua konglomerat Hinduja Group itu disahkan oleh keluarganya.

Berasal dari India, SP Hinduja atau nama sebenarnya, Srichand P Hinduja menghidap penyakit dimensia akibat faktor usia.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, keluarga Hinduja dengan berat hati mengumumkan kematiannya.

Keluarga Hinduja menduduki peringkat pertama senarai orang terkaya yang dikeluarkan Sunday Times pada tahun lalu selepas kekayaan kolektif mereka meningkat lebih daripada 11 bilion pound (RM62 bilion) kepada 28.4 bilion pound (RM160.4 bilion).

Keluarga berkenaan juga memiliki hartanah bernilai jutaan pound di London, termasuk Carlton House Terrace, iaitu bangunan abad ke-18 seluas 67,000 kaki persegi yang terletak berhampiran Istana Buckingham.

Selain itu, keluarga Hinduja juga menguasai sektor perbankan, kimia, perisian komputer, automotif, minyak dan media.

Mendiang SP Hinduja dan adiknya, Gopichand membangunkan Hinduja Group daripada sebuah perusahaan keluarga yang relatif kecil menjadi perusahaan yang besar dengan operasi menjangkau ke 38 buah negara dengan jumlah kakitangan syarikat itu mencecah 200,000 pekerja.

Syarikat berkenaan diasaskan pada 1914 oleh ayah SP Hinduja iaitu Parmanand Deepchand Hinduja yang pada asalnya menjual permaidani dan buah-buahan kering dari Iran.

Sekitar 1970-an, SP Hinduja dan adiknya, Gopichand memindahkan perniagaan mereka di England.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya