Imran Khan ajak rakyat Pakistan protes besar-besaran - Utusan Malaysia

Imran Khan ajak rakyat Pakistan protes besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menggesa protes ‘kebebasan’ di seluruh negara selepas penahanan singkatnya minggu lalu yang mencetuskan pergolakan maut.

Imran dalam ucapan disiarkan di laman YouTube malam tadi, menegaskan kebebasan tidak dicapai dengan mudah, sebaliknya ​perlu dirampas dan berkorban untuk meraihnya.

Beliau juga menyeru penyokong mengadakan protes ‘di jalan dan kampung’ di seluruh negara semalam, selain mengumumkan untuk kembali berkempen bagi pilihan raya tergempar Rabu ini.

Imran disiasat bagi puluhan kes sejak digulingkan pada April 2022, namun dibebaskan dengan ikat jamin selepas Mahkamah Agung pada Jumaat mengisytiharkan penahanannya menyalahi undang-undang.

Penahanannya pada Selasa lalu berlaku beberapa jam selepas ditegur kerana mendakwa pegawai kanan terbabit dalam cubaan untuk membunuhnya pada tahun lalu.

“Tindakan Ketua Tentera menyebabkan tentera kita teruk, ini kerana dia bukannya saya,” kata Imran yang bersiaran dari rumahnya di Lahore.

Penyokong yang berang dengan penahanan berikutan kejatuhan Imran membakar bangunan kerajaan, membuat sekatan jalan dan merosakkan harta benda milik tentera.

Kempen menentang tentera dilancarkan pemimpin parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, sejak beberapa bulan lalu.

Hampir separuh daripada 75 tahun sejarah Pakistan ditadbir tentera Pakistan secara langsung, selain terus memegang kuasa ke atas sistem politik negara itu.

Imran sebelum ini mendakwa, ‘ketua tentera’ adalah dalang penahanannya.

Sementara itu, pihak polis dan hospital memaklumkan sekurang-kurangnya sembilan maut akibat rusuhan, minggu lalu.

Pihak berkuasa pula berkata, ratusan pegawai polis cedera, manakala lebih 4,000 orang ditahan, kebanyakannya di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa.

Peguam Khan berkata, sekurang-kurangnya 10 pemimpin kanan PTI ditangkap sejak protes bermula.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif semalam memberi amaran pihak terbabit dalam ‘memudahkan, bersubahat dan melakukan’ keganasan perlu ditangkap dalam tempoh 72 jam.

“Mereka yang menunjukkan tingkah laku anti negara akan ditangkap dan dibicarakan di mahkamah anti pengganas,” katanya ketika lawatan ke Lahore. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya