Guna plasma darah anak untuk kekal muda

Guna plasma darah anak untuk kekal muda

BRYAN JOHNSON  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang mogul teknologi di Amerika Syarikat (AS) yang sanggup berbelanja jutaan dolar untuk kekal kelihatan muda, bertindak drastik melakukan rawatan menggunakan plasma darah anak lelakinya yang berusia 17 tahun.

Lapor Daily Mail, Bryan Johnson membelanjakan kira-kira AS$2 juta (RM9.16 juta) setahun ke atas segala prosedur perubatan yang mampu menghentikan proses penuaannya.

Malah, Bryan sebelum ini pernah melakukan rawatan transfusi darah daripada penderma yang sihat pada masa lalu.

Bryan kini menerima bekalan plasma darah daripada bapanya, Richard, 70 dan anak lelakinya, Talmage.

Ketiga-tiga individu itu menjalani rawatan transfusi darah di sebuah klinik di Dallas.

“Ketika rawatan itu, Richard dan Talmage menderma satu liter darah mereka yang diasingkan kepada beberapa bahagian iaitu plasma cecair dan kemudian sel darah merah, sel darah putih dan platelet

“Kesemua bekalan itu dimasukkan ke dalam badan Bryan yang bertujuan membaiki sel yang rosak disebabkan penuaan dengan menggantikan darah baharu daripada penderma muda,” jelas laporan itu.

Sebelum menggunakan plasma darah Richard dan Talmage, Bryan pernah menjalani rawatan transfusi plasma daripada seorang penderma muda yang sihat.

“Penderma itu menjalani saringan dengan teliti bagi memastikan dia mempunyai indeks jisim tubuh badan yang ideal, mempunyai gaya hidup sihat dan bebas dari penyakit,” jelas laporan.         

Tambah laporan itu, setelah plasma diekstrak daripada Talmage, proses itu diulangi dengan Richard. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya