Gerakan antimonarki cemari pertabalan Raja Charles

Gerakan antimonarki cemari pertabalan Raja Charles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hari pertabalan Raja Charles III sebagai Raja Britain yang baharu dicemari dengan gerakan kumpulan antimonarki yang dikenali sebagai Republik.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang tertulis ‘Bukan Rajaku’, ratusan ahli kumpulan itu berarak sekitar London.

Sehubungan itu, polis menahan ketua kumpulan berkenaan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan bantahan.

Menurut Komander Karen Findlay dari polis Metropolitan London, penahanan itu dibuat selepas kumpulan tersebut bertekad untuk mengganggu perarakan pertabalan.

Dalam pada itu, Republik menyatakan, ketuanya, Graham Smith sudah ditahan sebelum perarakan bermula dan beberapa imej yang tersebar dalam media sosial menunjukkan pegawai polis merampas kain rentang dan sepanduk yang dibawa mereka.

Terdahulu, Republik berikrar untuk melancarkan protes terbesar terhadap raja British dalam sejarah moden.

Namun, polis tidak mengesahkan penahanan Smith, sebaliknya ‘bertindak’ kerana percaya kumpulan berkenaan akan cuba merosakkan monumen awam dengan cat dan membuat kekecohan semasa upacara rasmi itu berlangsung.

“Kami menahan 51 orang dari kumpulan Republik dan mereka akan kekal dalam tahanan buat sementara waktu,” jelas Findlay.

Selain itu, penunjuk perasaan membantah pertabalan itu turut berlaku di Glasgow di Scotland dan Cardiff di Wales. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya