Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Jepun - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda bahagian tengah Jepun, menyebabkan khidmat kereta api laju terpaksa digantung.

Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa itu menggegarkan bahagian tengah Ishikawa pada pukul 2.42 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer (km).

Japan Railway berkata, kereta api laju Shinkansen di destinasi pelancongan popular antara Nagano dan Kanazawa juga terpaksa digantung.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini namun tiga bangunan dilaporkan runtuh di bandar di bandar Suzu ketika ramai penduduk Jepun melancong atau menziarahi keluarga sempena cuti umum.

Gempa bumi itu berpotensi menyebabkan tanah runtuh yang dahsyat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya